Monday 8 August 2011


Guy Sebastian merupakan pemenang Australian Idol yang pertama pada tahun 2003. Sejak memenangi pertandingan itu, namanya menjadi sebutan ramai ekoran kehebatan vokalnya dan merupakan salah seorang ikon atau rule modal di kalangan mudi mudi di negara yang dikenali sebagai tanah kanggro itu. Usianya baru sahaja mencecah 22 tahun saat memenangi program realiti tersebut. Apa pun, dalam usia yang sudah menjangkau 29 tahun, Guy tetap dianggap sebagai salah seorang selebriti paling diminati dan berjaya di Australia.
            Guy Sebastian atau nama penuhnya, Guy Theodore Sebastian dilahirkan pada 26 Oktober 1981 di Klang, Selangor Malaysia. Ayahnya keturunan Sri Lanka dan ibunya kacukan Inggeris dan juga Portugis. Beliau sangat aktif sebagai penyanyi, penerbit, pencipta lagu dan kini sebagai juri program realiti X-factor versi Australia.
            Baiklah, kenapa saya ketengahkan dia dalam blog ini? Guy Sebastian merupakan salah seorang penyanyi rohani juga dan pernah bersama-sama dengan band rohani yang paling popular di Australia iaitu Planet Shaker. Siapa tak kenal Planet Shaker? Ya, mereka sangat sinonim dengan lagu Beautiful Saviour. Guy juga pernah menghasilkan dan menyanyikan beberapa lagu rohani seperti Have You way, Hossana dan juga Adore. Selain daripada itu, pada tahun 2008, Guy Sebastian berduet dengan Paulini Curuenavuli melalui lagu “Receive the Power”.

No comments:

Post a Comment