Sunday 7 August 2011

Brian Littrel Hasilkan album rohani


               Siapakah Brian Littrel? Brian merupakan salah satu anggota boy band yang sangat terkenal sekitar 90’an iaitu BackStreet Boy atau singkatannya BSB. Beliau merupakan salah seorang daripada artis Hollywood yang tetap mempertahankan imannya kepada Kristus sekalipun mencapai populariti yang menggunung. Ya, jarang sekali kita mendengar artis Hollywood yang sedemikian rupa lantaran kebanyakan artis Hollywood terjerumus dalam kancah masalah sosial.  Brian Littrel dilahirkan di Lexington Kentucky Amerika Syarikat dan  Ibubapanya adalah anggota gereja yang aktif.
                Ehemm….untuk pengetahuan semua, Brian pernah mengimpikan untuk menuntut di Cincinati Bible College atau sekarang sudah dikenali sebagai Cincinati Christian University. Malah dia ingin menjadi seorang pastor muda sebelum menganggotai BSB. Brian yang lahir baru pada usia 8 tahun sering mengatakan bahawa kejayaan yang diraihnya adalah kerana anugerah Tuhan dan layak dipersembahkan kepadaNya dan mengatakan iman adalah hal terpenting dalam  hidupnya. Wah, jika semua artis Hollywood seperti itu, saya sangat yakin tidak akan ada masalah sosial di kalangan selebriti barat.
Sekarang kita berkongsi album rohaninya pula? Apa, album rohani? Ya, sebagai seorang yang tetap mempertahankan iman kepada Kristus dan bagi memuliakan Tuhan Yesus, Brian Littrel telah menghasilkan album single rohaninya  bertajuk “ In Christ Alone” pada tahun 2005. Lagu ini merupakan satu lagu yang sangat bagus dan merupakan lagu favourite saya. ia pernah dinyanyikan oleh penyanyi rohani seangkatan dengan Don Moen iaitu Martin Nystrom. Kepada semua peminat Brian, beliau telah menghasilkan album penuh pada tahun 2006 yang bertajuk “ Welcome Home”. Gambar di atas merupakan over album untuk album rohaninya yang diriliskan pada tahun 2006.
               Jangan ketinggalan untuk mendapatkan albumnya. Jika anda tidak berjaya mendapatkan albumnya di pasaran, mudahkan usaha anda dengan mendownload  albumnya di 4shared. Saya sudah mendownload semua lagu dalam albumnya. Kesimpulan saya, ia merupakan album rohani yang patut dimiliki dan sangat memberkati.

No comments:

Post a Comment