Monday 8 August 2011


Guy Sebastian merupakan pemenang Australian Idol yang pertama pada tahun 2003. Sejak memenangi pertandingan itu, namanya menjadi sebutan ramai ekoran kehebatan vokalnya dan merupakan salah seorang ikon atau rule modal di kalangan mudi mudi di negara yang dikenali sebagai tanah kanggro itu. Usianya baru sahaja mencecah 22 tahun saat memenangi program realiti tersebut. Apa pun, dalam usia yang sudah menjangkau 29 tahun, Guy tetap dianggap sebagai salah seorang selebriti paling diminati dan berjaya di Australia.
            Guy Sebastian atau nama penuhnya, Guy Theodore Sebastian dilahirkan pada 26 Oktober 1981 di Klang, Selangor Malaysia. Ayahnya keturunan Sri Lanka dan ibunya kacukan Inggeris dan juga Portugis. Beliau sangat aktif sebagai penyanyi, penerbit, pencipta lagu dan kini sebagai juri program realiti X-factor versi Australia.
            Baiklah, kenapa saya ketengahkan dia dalam blog ini? Guy Sebastian merupakan salah seorang penyanyi rohani juga dan pernah bersama-sama dengan band rohani yang paling popular di Australia iaitu Planet Shaker. Siapa tak kenal Planet Shaker? Ya, mereka sangat sinonim dengan lagu Beautiful Saviour. Guy juga pernah menghasilkan dan menyanyikan beberapa lagu rohani seperti Have You way, Hossana dan juga Adore. Selain daripada itu, pada tahun 2008, Guy Sebastian berduet dengan Paulini Curuenavuli melalui lagu “Receive the Power”.

Sunday 7 August 2011

Brian Littrel Hasilkan album rohani


               Siapakah Brian Littrel? Brian merupakan salah satu anggota boy band yang sangat terkenal sekitar 90’an iaitu BackStreet Boy atau singkatannya BSB. Beliau merupakan salah seorang daripada artis Hollywood yang tetap mempertahankan imannya kepada Kristus sekalipun mencapai populariti yang menggunung. Ya, jarang sekali kita mendengar artis Hollywood yang sedemikian rupa lantaran kebanyakan artis Hollywood terjerumus dalam kancah masalah sosial.  Brian Littrel dilahirkan di Lexington Kentucky Amerika Syarikat dan  Ibubapanya adalah anggota gereja yang aktif.
                Ehemm….untuk pengetahuan semua, Brian pernah mengimpikan untuk menuntut di Cincinati Bible College atau sekarang sudah dikenali sebagai Cincinati Christian University. Malah dia ingin menjadi seorang pastor muda sebelum menganggotai BSB. Brian yang lahir baru pada usia 8 tahun sering mengatakan bahawa kejayaan yang diraihnya adalah kerana anugerah Tuhan dan layak dipersembahkan kepadaNya dan mengatakan iman adalah hal terpenting dalam  hidupnya. Wah, jika semua artis Hollywood seperti itu, saya sangat yakin tidak akan ada masalah sosial di kalangan selebriti barat.
Sekarang kita berkongsi album rohaninya pula? Apa, album rohani? Ya, sebagai seorang yang tetap mempertahankan iman kepada Kristus dan bagi memuliakan Tuhan Yesus, Brian Littrel telah menghasilkan album single rohaninya  bertajuk “ In Christ Alone” pada tahun 2005. Lagu ini merupakan satu lagu yang sangat bagus dan merupakan lagu favourite saya. ia pernah dinyanyikan oleh penyanyi rohani seangkatan dengan Don Moen iaitu Martin Nystrom. Kepada semua peminat Brian, beliau telah menghasilkan album penuh pada tahun 2006 yang bertajuk “ Welcome Home”. Gambar di atas merupakan over album untuk album rohaninya yang diriliskan pada tahun 2006.
               Jangan ketinggalan untuk mendapatkan albumnya. Jika anda tidak berjaya mendapatkan albumnya di pasaran, mudahkan usaha anda dengan mendownload  albumnya di 4shared. Saya sudah mendownload semua lagu dalam albumnya. Kesimpulan saya, ia merupakan album rohani yang patut dimiliki dan sangat memberkati.

Friday 5 August 2011

Anda patut melihatnya kemudian berfikirlah sejenak sebelum terlambat

Laman web kristen yang saya syorkan anda untuk melayarinya :


Thursday 4 August 2011

Rhema Marvanne Penyanyi rohani paling muda

Siapakah Rhema Marvanne? Mungkin Ramai yang tidak mengenalinya namun anak berusia 7 tahun ini merupakan penyanyi rohani paling mudah dan telah mulai menyanyi ketika berusia 2 tahun. Lahir pada tanggal 15 September dan menerima Tuhan sebagai juruselamatnya pada 18 Oktober 2009. Ibunya sudah meninggal dunia kerana menghidap kanser ovari yang dihidapinya sejak kecil lagi. Pada tahun 2010, lebih 16 juta penonton online telah melihat persembahannya iaitu satu rating yang sangat tinggi. Kini, anak kecil ini telahpun tampil dengan album rohani yang cukup menyentuh jiwa dengan suara merdunya bak malaikat. Antara lagunya  adalah Amzing Grace, The Lord Prayer dan The prayer. Anda dapat melihat anak cilik yang mengabdikan sepenuh nyanyiannya untuk kemuliaan Tuhan Yesus di You Tube. Alangkah indahnya, jika semua anak di dunia yang seusianya sudah menyenangkan hati Tuhan.

Wednesday 3 August 2011

album terbaru Sari simorangkir

Sari Allgero merupakan album terbaru yang diriliskan tahun 2011. Dalam album ini terdapat 11 buah lagu yang sebahagian daripadanya merupakan lagu yang pernah diterbitkan dalam album terdahulu dan album bersama True Worshipper. Sari Simorangkir merupakan salah satu anggota team True Worshipper dan merupakan kakak kepada Samuel Simorangkir atau nama timangannya iaitu Sammy. Sammy merupakan mantan vokalis utama kumpulan Kerispatih. Sari Simorangkir pernah berduet dengan Sammy melalui lagu "BagiMu Pujian" dan "Karya Terbesar" dalam album Forever Grateful......selamat menikmati albumnya.

5 PENYANYI ROHANI INDONESIA YANG PALING DIMINATI RAMAI

1. TRUE WORSHIPPER
2. SIDNEY MOHEDE
3. SARI SIMORANGKIR
4. MARIA SHANDI
5. GMB